Subscribe:

Saturday, 29 October 2011

Pintaku PadaMu


Ya Allah,
Sesungguhnya Engkau tahu apa yang sedang daku fikirkan,
Sesungguhnya Engkau tahu apa yang sedang daku rasakan,
Sesungguhnya Engkau tahu apa yang sedang melanda diri ini,
Sesungguhnya Engkau mengetahui segala-galanya,
Sudah pastilah kerana Engkau Maha Mengetahui .

Ya Allah,
Daku berharap kepadaMu,
Daku menyandarkan sepenuh pengharapan kepadaMu,
Daku berikan segala ketentuan dalam genggaman TanganMu,
Kerana Engkau lah sahaja yang mampu untuk menentukan setelah usaha yang daku lakukan.

Engkau berikanlah ketenangan kepadaku,
Kerana sesungguhnya ketenangan jiwaku selama ini terganggu dek perhiasan dunia yang melampau,
Kerana hatiku ini amat sukar untuk ku tahan segala godaan dunia milikMu,
Malah terkadang diriku sendiri yang merelakannya untuk mengikut telunjuk nafsu akan dunia,
Pergi menjauh meninggalkan suruhanMu,
Daku kehilangan kekuatan seketika taatkala diuji dengan secebis halangan yang cuba untuk merajai,
Namun daku tetap pinta kepadaMu walau diri ini dipalit malu kepadaMu.

Maka Engkau berikanlah kekuatan untuk daku melawan arus yang deras kala ini,
Sesungguhnya daku ini hambaMu yang sangat lemah lagi tak bermaya menahan segalanya,
Hanya kudratMu sahaja yang mampu memberikan nafas kekuatan dalam kehidupan yang sementara ini,
Yang menjadi medan ujian bagi memilih siapa pemenangnya,
Engkau sebagai Hakim yang Maha Adil pastilah Engkau berhak memilih siapa yang bakal menjadi pemenangnya,
Pemenang kepada nikmat abadi yang Engkau telah janjikan sekian lama,
Dan sudah pastilah diri ini yang penuh dengan kehinaan,
Bukanlah menjadi pilihan yang utama apatah lagi sebagai calon pemenangnya,
Namun Engkau Maha Penyayang terhadap hambaMu,
Kerana sesungguhnya daku tidak layak untuk mengucup pintu syurgaMu bahkan memasukinya,
Dan pula daku tidak mampu untuk menanggung siksa nerakaMu yang sangat berat.

Pintaku padaMu,
Redhailah kehidupanku semasa di dalam medan ujianMu,
Engkau jadikanlah daku dari kalangan hambaMu yang bertaqwa,
Moga daku mampu menjadi insan yang berjaya di sisiMu.

-sahabatmuslimeen-

Friday, 28 October 2011

Ingat tak lagi????

Dulu, ingat lg Ustaz Nik pernah sebut dlm kelas 6 Amanah (SKMS,Ipoh)....
Ustaz kate,

"Nanti bila kamu semua dah keluar nanti dari sekolah ni, ustaz tekankan dekat yang pelajar perempuan ni.Ustaz harap kamu akan terus kekal dengan imej bertudung kamu yang sekarang ni. InsyaAllah tiap-tiap tahun, ustaz akan ingatkan kepada pelajar Tahun Enam.Sebab nanti bila kamu keluar sahaja nanti,akan ada lebih banyak ujian yang bakal kamu tempuhi.Tak mahu nanti bila kamu semua buat 'reunion' nanti,ada yang sudah tidak bertudung dan sebagainya.Dan ustaz pasti akan ada jugak yang akan jadi macam tu.Sebab perkara ini sudah pun berlaku kepada kakak-kakak kamu yang sebelum daripada kamu.Ustaz harap kamu ambil iktibar dari apa yang ustaz sampaikan ini."

Lbih krg cm2 la (hmm,ye la 2..tp point die phamkn???) Ustaz Nik pernah ckp kt kami dulu....mmg ana x dpt nak lpekn sampai je 're-union'  SKMS UPSR'2004...lbih krg bln Januari 2010.Alhamdulillah, Allah pertemukan semula ana dgn seorg sahabat (Haikal Syariff,,die ni student L yg plg rmai peminat,,berdarah kacukan Melayu-Cina) melalui SMS (kami brjumpa di UniKL,Ipoh sbb mghadiri 1 program..ana wakil SMKA Kerian,Haikal wakil dr SERATAS..then bile dah jmpe 2..,tkar2 no le..wkt2 2 jgak jmpe ngan Pak Long..trserempak kt GMall..pastu Pak Long blnje mkan plak..rezki Allah le katekn..hehe), 3 minggu sblm tu.Kalo x,ana mgkin x sertai 're-union' yg sgt brmakna ni sbb ana dah pndah rumah jauh k utara tanah air (Sbrg Prai,Penang)...tp kudrat Tuhan tiada siapa mampu mnghalangnya.

Alhamdulillah,sehari sblm bermulanya majlis,ana mnjjakkan kaki d Ipoh,tempat ana mmbesar stlah lame brd di penang.Sampai di Stesen Bas Medan Kidd (huh,lame x smpai kt situ...suasana die x brubah)...ana cntact ngan sorg lg sahabat, Eemir Syazwan (wajah stail aktor hindustan)..sbb die akn amik ana kt situ...lpas ana gtau ana dh sampai..,ana cari die,mne ea???? Rupe2 nye,udah lain bebenor ropenye(walaupun dgn wajah bru itu ana dpt lg cam)...eheh...pas2, die bwak sorg lg sahabat...Eemir tnye ana,igt lg x sape yg ikut skali nie.???Hmm,spe ek??? huhu,x igt lah..tp muke die ana bleh cam..cme nme je x igt..aduyai!! spe ea???

<to be continue>

Wednesday, 19 October 2011

My Story.

Assalamu'alaikum,
Akhukum fi Islam,
Ismi, Muhammad Ameerun Nabeel Bin Ismail (kalo x,nk bg name Luqman..hmm) selepas di lahirkan pada petang 29 April 1992 di Hospital Besar Ipoh.Dididik oleh Ayah (Ismail B Che Mat) dan Ibu (Nur Ashikin Bt Mohd Zain) di rumah sehingga umur 4 tahun di rumah.Kemudian mendapat pendidikan awal kanak-kanak di tadika PASTI Kampung Manjoi,Ipoh.Kemudian ana berada di Tahun Satu di Sekolah Kebangsaan Manjoi Satu,Ipoh pada tahun 1999.Mendapat tarbiyah agama Islam di Sekolah Agama Rakyat At-Taufiqiyah,Kampung Manjoi,Ipoh.Menamatkan Tahun Enam di SKMS,Ipoh pada tahun 2004.

Banyak kenangan yang berada di dalam ingatan yang tak dapat dilupakan semasa berada di zaman ini.Biasalah zaman kanak-kanak.Suka duka perjuangan bersama-sama sahabat-sahabat.

Ingat lagi dulu masa mula berada di PASTI,hmm, menangis kena tinggal Ayah yang menghantar ana ke sana.Sampai sahaja,gril terus di kunci.Huh,biasalah waktu tu tak pernah kena tinggal. Bila dah lama sikit (x igt brp lme..:)) ,baru boleh biasakan diri .Banyak perkara yang tak boleh dilupakan semasa berada di sini.Macam-macam yang berlaku.Muntah dekat kopiah la, kena ikat dengan ustazah sebab belasah sorang budak ni la (huhuh,kesian sahabat ni,skrg ni die dh ad ktne ea??),main sana-sini.Semua peristiwa tadi sentiasa bermain di dalam fikiran tatkala ruang memori memancarkan babak-babak yang manis itu.

 Biarlah segala yang berlaku itu hanya terpendam dalam kotak memori ini, kerana lebih banyak lagi aksi,adegan,gelagat yang pasti menambah perisa kemanisan hidup di dunia ini apabila berada di sekolah rendah.Terlalu banyak yang hendak diceritakan di sini,tapi mungkin pada masa yang lain,or dalam bentuk yang agak berlainan (tggu ek nnti...hhuh)..insyaAllah,sebab masa sekarang ni agak sibuk sedikit.

Mungkin setakat ini sahaja yang mampu ana nukilkan tentang kisah permulaan tentang diri insan bernama Nabeel ini.

<to be continue>