Subscribe:

Wednesday, 19 October 2011

My Story.

Assalamu'alaikum,
Akhukum fi Islam,
Ismi, Muhammad Ameerun Nabeel Bin Ismail (kalo x,nk bg name Luqman..hmm) selepas di lahirkan pada petang 29 April 1992 di Hospital Besar Ipoh.Dididik oleh Ayah (Ismail B Che Mat) dan Ibu (Nur Ashikin Bt Mohd Zain) di rumah sehingga umur 4 tahun di rumah.Kemudian mendapat pendidikan awal kanak-kanak di tadika PASTI Kampung Manjoi,Ipoh.Kemudian ana berada di Tahun Satu di Sekolah Kebangsaan Manjoi Satu,Ipoh pada tahun 1999.Mendapat tarbiyah agama Islam di Sekolah Agama Rakyat At-Taufiqiyah,Kampung Manjoi,Ipoh.Menamatkan Tahun Enam di SKMS,Ipoh pada tahun 2004.

Banyak kenangan yang berada di dalam ingatan yang tak dapat dilupakan semasa berada di zaman ini.Biasalah zaman kanak-kanak.Suka duka perjuangan bersama-sama sahabat-sahabat.

Ingat lagi dulu masa mula berada di PASTI,hmm, menangis kena tinggal Ayah yang menghantar ana ke sana.Sampai sahaja,gril terus di kunci.Huh,biasalah waktu tu tak pernah kena tinggal. Bila dah lama sikit (x igt brp lme..:)) ,baru boleh biasakan diri .Banyak perkara yang tak boleh dilupakan semasa berada di sini.Macam-macam yang berlaku.Muntah dekat kopiah la, kena ikat dengan ustazah sebab belasah sorang budak ni la (huhuh,kesian sahabat ni,skrg ni die dh ad ktne ea??),main sana-sini.Semua peristiwa tadi sentiasa bermain di dalam fikiran tatkala ruang memori memancarkan babak-babak yang manis itu.

 Biarlah segala yang berlaku itu hanya terpendam dalam kotak memori ini, kerana lebih banyak lagi aksi,adegan,gelagat yang pasti menambah perisa kemanisan hidup di dunia ini apabila berada di sekolah rendah.Terlalu banyak yang hendak diceritakan di sini,tapi mungkin pada masa yang lain,or dalam bentuk yang agak berlainan (tggu ek nnti...hhuh)..insyaAllah,sebab masa sekarang ni agak sibuk sedikit.

Mungkin setakat ini sahaja yang mampu ana nukilkan tentang kisah permulaan tentang diri insan bernama Nabeel ini.

<to be continue>

No comments:

Post a Comment